Isu Pendidikan AYTAM
Apa itu AYTAM?
AYTAM adalah singkatan bagi anak yatim, asnaf dan miskin. Kami di pihak Yayasan Ez Prihatin melaksanakan pelbagai projek bagi memberdaya kehidupan anak yatim. Ada 10 pusat jagaan anak yatim yang layak menerima sumbangan di bawah Yayasan Ez Prihatin.
Kenapa fokus kepada pendidikan?
Kami percaya melalui pendidikan ini, golongan AYTAM mampu membina kehidupan yang lebih baik dan yang paling penting, mereka dapat membezakan antara yang hak dan batil.
Dengan berkat ilmu yang bermanfaat, kami berharap mereka dapat mengurus masalah keduniaan dan akhirat dengan sebaiknya dan menjadi manusia yang lebih beradab serta bertamadun.
Sumbangan yang diberikan simbolik kepada ‘kepedulian’ para penyumbang terhadap golongan AYTAM ini. Amat besar maknanya bagi mereka….
Laporan Penilaian 2019-2021
- Jumlah Penerima Bantuan : 20 000 orang
- Jumlah Bantuan Disalurkan: RM 1.5 juta
- Aktiviti Kebaikan Dijalankan : 300 program
- Bantuan berterusan RM300,000 telah diagihkan kepada penerima yang layak dalam projek CELIK.
Sabda Rasulullah:
وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)