INFINITI JARIAH

Bina Tabung Akhirat Dengan Wakaf Perigi Cianjur

Sumber Air Bersih Kritikal.

Gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat Indonesia yang berlaku pada 22 November 2022 lalu telah meragut hampir 300 nyawa. Kesan dari gempa itu juga telah menjejaskan belakan air bersih buat lebih 2000 penempatan rakyat di situ. Sehinggakan mereka terpaksa berkongsi perigi kecil. Pelbagai cara digunakan untuk memanfaatkan sumber air yang ada sehingga sanggup  menggunakan semula air hasil kumbahan bagi tujuan pertanian.

Sasaran
RM21,000

Sejurus berlakunya gempa bumi di sini, gelombang gegaran sekuat 5.6 magnitud itu telah meruntuhkan bukan sahaja bangunan sekolah, akan tetapi meruntuhkan hospital, bangunan pejabat dan rumah penduduk sekitar serta menjejaskan saluran sumber air bersih di kawasan penempatan mereka.

Keadaan Di Cianjur
Keadaan Salah Sebuah Rumah Yang Rosak Akibat Gempa di Cianjur.

Dengan kadar lembapan setahun yang rendah, sering terjadinya kemarau sehingga 10 bulan lamanya telah menghalang mereka daripada bergantung harap dengan air hujan. Penduduk setempat juga sering terkena gejala penyakit kulit akibat daripada penggunaan air yang kotor.

Penduduk setempat terpaksa menunggu giliran untuk mendapat belakan air bersih dari perigi kecil.

Sasaran Program Wakaf Perigi Di Cianjur Agar Penduduk Sekitar Dapat Memperoleh Air Bersih Dan Beribadah Tanpa Ragu-Ragu.


Kos Pembinaan Sebuah Perigi

Butiran kos perbelanjaan adalah seperti berikut:

Bahan Binaan + Kos Operasi =  RM 7,000
RM 7000 x 3 Perigi =  RM 21,000

Jumlah Dana Diperlukan:

RM 21,000

Kaya Dengan Redha Allah Itu Lebih Bermakna

Jika benar kekayaan itu memberi kebahagiaan, bayangkan jika rezeki melimpah ruah diberkati dengan redha Allah. Capai hasrat ini dengan bersedekahlah dengan perkara yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang lain sepertimana Allah perintahkan dalam ayat berikut:

Hai orang-orang yang beriman,  nafkahkanlah (di jalan allah) sebagian dari hasil usahamu  yang  baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

(Surah Al-Baqarah, Ayat 267)

Mari kita menyumbang sedikit harta untuk menjamin kehidupan saudara Islam kita di Cianjur ini agar dapat diteruskan dengan berwakaf perigi bersama Yayasan EZ Prihatin.