INFINITI JARIAH

Sumbangan Pengagihan Air Bersih Di Pulau Moyo, Indonesia

3 Telaga Air Masin Dikongsi 1500 Penduduk!

Telaga-telaga air di pulau ini adalah  sumber keperluan harian  mereka, namun saat ini banyak dari telaga air yang mereka gali  menghasilkan air masin yang tidak selamat untuk diminum. Penduduk setempat terpaksa bergantung pada air masin ini untuk keperluan seharian mereka, yang mengakibatkan masalah kesihatan kepada penduduk di Pulau Moyo.

Sasaran
RM21,000

Akibat serius menggunakan air masin ini sangat bahaya. Air masin tidak hanya mempengaruhi kehidupan seharian, tetapi memberi kesan kepada sistem dalaman mereka, mengganggu  sistem pencernaan,  dan meningkatkan risiko penyakit seperti penyakit jantung dan hipertensi.

Seorang kanak-kanak perempuan sedang mengambil air dari salah sebuah telaga yang terpaksa berkongsi dengan ramai lagi penduduk di Pulau Moyo.

Jadi, kami ingin mengajak anda bersama kami dalam usaha untuk menyumbang bagi Program Infaq Telaga di Pulau Moyo. Setiap sumbangan anda akan membantu kami memperbaiki & membina semula sistem saliran air menukarkan air masin menjadi air bersih yang selamat digunakan.

Salah seorang penduduk pulau sedang mengambil air dari salah telaga lain yang berada di Pulau Moyo.

Hasil sumbangan air bersih ini bukan sahaja mampu mengurangkan risiko kesihatan yang terdedah dengan bekalan air masin malah mampu membantu orang-orang tua dan warga uzur yang ada daripada mereka juga terpaksa berjalan sejauh 2-3km sehari hanya untuk dapatkan air bersih.

Sumbangan anda membantu Penduduk di Pulau Moyo:

Sistem Tapisan Air Bersih & Selamat Digunakan, Sistem Saliran Paip Yang Mudah Digunakan, Pemasangan Boring Air


Dana Yang Masih Diperlukan:

RM 21,000

Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 267:

Hai orang-orang yang beriman,  nafkahkanlah (di jalan allah) sebagian dari hasil usahamu  yang  baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Bantu kami dengan menyumbang kepada Program Infaq Telaga  Pulau Moyo. Klik “Sumbang Sekarang” dan bersama kami menjayakan program ini. Setiap sumbangan, sebesar apapun, memiliki impak yang besar.