INFINITI JARIAH

Infaq Bina Surau Baitul Ma’mur,

Sg Tiram, Sabah

Satu-satunya Surau di Pedalaman Kampung.

Realisasikan impian 100 anak-anak Asnaf di pedalaman Sabah ini untuk miliki satu-satunya surau di kampung bagi belajar agama demi melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berkualiti selaras dengan cabaran hidup masa kini.

Sasaran
RM80,000

Majoriti penduduk kampung Sungai Tiram, Sandakan, Sabah ini beragama Islam yang berasal daripada etnik Tidung, Suluk dan Banjar. 

Disebabkan keadaan penempatan yang sering rosak akibat banjir, telah menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti pertanian, dan hanya bergantung kepada upah bekerja ladang meskipun bayarannya sedikit.

Keadaan Setempat Sg Tiram
Seorang kanak-kanak berjalan ke sekolah (gambar kanan) walaupun keadaan jalan yang tidak sempurna dan berlumpur (gambar kiri).

Hampir setiap hari anak-anak asnaf berumur 7 hingga 12 tahun ini keluar dari rumah seawal jam 5 pagi, ada yang sanggup berjalan kaki, malah bergelap melalui perjalanan sejauh 5km hanya untuk sampai ke sekolah pada jam 7 pagi.

Amali Solat Terhalang

Mereka  mengambil wudhu dengan menggunakan air tadahan hujan,  pembelajaran amali solat   secara berjemaah pula hanya secara teori di kelas, kadang kala terpaksa menumpang di rumah guru dengan ruangan terhad memuatkan 15 orang pelajar sahaja pada satu masa.

Keadaan Ruang Solat Sg Tiram

Surau Baru Sebagai Pusat Keagamaan Setempat  

Surau ini bakal menjadi satu-satunya pusat perkembangan agama Islam buat anak-anak asnaf ini belajar serta melaksanakan pelbagai lagi aktiviti keagamaan yang dirancang.

Sumbangan anda akan memanfaatkan murid dan penduduk sekitar untuk tunaikan solat, amali solat dan majlis ilmu.


Jumlah Dana Diperlukan:

RM 80,000

‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Jadi, marilah berganding bahu dengan Yayasan Ez Prihatin dalam usaha berterusan untuk membangunkan surau. Semoga dengan setiap ringgit yang dikeluarkan di jalan Allah menjadi tabungan yang bernilai di sisiNya. Amin.