Infaq Pertanian

Kenapa Kutipan Infaq Pertanian Dibuat?

Kutipan ini dibuat bagi membantu pembangunan ekonomi Madrasah Al-Muhsinin, di Perit Yani Batu Pahat. Inisiatif ini diambil bagi membantu pihak madrasah membiayai kos pengurusan dan pembangunan guru dan pelajar-pelajar di madrasah.

Kutipan semasa

RM 1,050.00

Sasaran

Mengapa kutipan ini begitu penting?

Menurut Ustaz Ahmad Rusdi yang merupakan mudir Madrsah, pihak madrasah telah menerima 10 ekar tanah wakaf dari Hamba Allah untuk diusahakan. Justeru pihak madrasah mengambil inisiatif untuk mengusahakan tanaman pisang di tanah tersebut.

“Hasil daripada tanaman pisang ini kita akan gunakan dana tersebut untuk membiayai madrasah dan pelajar-pelajar”

Ustaz Ahmad Rusdi

Pihak sekolah mensasarkan sebanyak 13,000 anak pokok yang akan ditanam

  • Satu anak pokok (RM1.20/pcs)
  • RM1.20 x 13,000 anak pokok = RM15,600.00

Ini bermakna 13,000 anak pokok dengan anggaran kos RM15,600.00 diperlukan bagi projek infaq pertanian ini.

Bagaimana Infaq Pertanian Anda Dapat Membantu Madrasah?

In Shaa Allah tuan puan, mudah-mudahan berkat dari infaq ini dapat membantu pihak madrasah dalam melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memberi manfaat buat ummah dan menjadi jariyah buat kita di akhirat kelak.

Kelebihan Infaq

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha luas, Maha Mengetahui.

(Al-Baqarah 261)

Berhajat untuk bantu mereka?

Anda boleh membuat sumbangan dengan memilih pakej di bawah.

ms_MYMS