Infaq Peralatan Kesihatan

Kenapa Kutipan Infaq Peralatan Kesihatan Dibuat?
Projek Infaq Peralatan Kesihatan merupakan kerjasama Yayasan EZ Prihatin dan Persatuan Bulan Sabit Merah Muallim serta Pusat Komuniti Muallim. Projek ini merupakan inisiatif untuk membantu individu yang sakit dan uzur terutamanya golongan asnaf, ibu tunggal, OKU dan B40 yang memerlukan. Kemudahan peralatan kesihatan yang bakal diwakafkan ini bertujuan bagi membantu pesakit dan memudahkan waris pesakit menguruskan kehidupan seharian.
Kutipan semasa
RM 10,000,020,880.56Sasaran
RM 200,000.00
Peralatan Kesihatan Yang Diinfaq:
- Kerusi Roda
- Katil
- Tongkat 4 Kaki
- Peralatan Kesihatan Mengikut Keperluan Pesakit
Ke Mana Infaq Peralatan Kesihatan Ini Disalurkan?
- Pesakit yang memerlukan
- Klinik Kesihatan
- Masjid
- Rumah Kebajikan
Dikesempatan ini, pihak yayasan berbesar hati mengajak tuan puan sekalian untuk bersama-sama menghulurkan tangan dalam menjayakan projek Infaq Peralatan Kesihatan ini bagi membantu saudara kita yang memerlukan di luar sana.
Sesungguhnya usaha ini merupakan suatu pelaburan yang tidak akan pernah rugi, pahala mengalir berterusan walaupun kita sudah tiada. Semoga Allah memberkati usaha murni kita ini.
Kelebihan Bersedekah
Allah SWT berfirman: “Maka barangsiapa memberikan (hartanya di jalan Tuhan) dan bertaqwa, dan membenarkan (adanya pahala) yang terbaik (Syurga). Maka akan kami mudahkan baginya jalan menuju kemudahan (kebahagiaan)”.
(QS Al-Lail: Ayat 5-7)
Berhajat untuk bantu mereka?
Anda boleh membuat sumbangan dengan memilih pakej di bawah.