INFAQ PEMBANGUNAN EKONOMI ASNAF

Kenapa Dibuat?
Projek Infaq Pembangunan Ekonomi Asnaf merupakan daya usaha Yayasan EZ Prihatin mengumpul dana bagi proses pemulihan ekonomi asnaf pasca PKP. Projek ini dijalankan dengan penubuhan Pusat Jahitan Asnaf di Tangga Batu, Melaka di mana para asnaf diberi peluang untuk belajar menjahit dan menjana pendapatan melalui kemahiran tersebut.
Kutipan semasa
RM 8,051.00Sasaran
RM 50,000.00
Ke mana sumbangan anda akan digunakan?
Fokus utama projek ini adalah bagi membantu golongan suri rumah, wanita asnaf dan juga ibu tunggal yang ingin membantu menjana pendapatan keluarga melalui kemahiran menjahit. Duit infaq anda akan dimanfaatkan untuk pembelian mesin jahit, alat-alat jahitan dan lain-lain. Sasaran kami adalah supaya projek ini boleh memuatkan lebih 10 orang peserta buat satu-satu masa. Justeru itu, sumbangan dari anda amatlah diperlukan bagi menjayakan projek ini.
Bezanya Projek Pusat Jahitan Asnaf ini berbanding projek kemahiran jahitan yang lain?
Ada beberapa faktor mengapa projek ini berbeza dengan projek kemahiran yang lain.
- Tenaga pengajar merupakan ikon asnaf yang telah berjaya dalam industri jahitan.
- Peserta akan diberi latihan secara intensif dan berterusan sehingga mereka boleh menjadi usahawan dalam bidang jahitan.
- Sebelum terdedah kepada dunia usahawan, para peserta akan duduk dalam kelompok bisnes sebagai pendorong dan motivasi.
- Modul latihan kelas jahitan ini menerapkan konsep pakaian patuh Syariah, secara tidak langsung menjadi saham di akhirat kelak buat mereka yang menyokong usaha ini.
Kami berharap melalui projek ini, ianya bakal melahirkan generasi usahawan dan ikon asnaf bagi menginspirasikan golongan asnaf yang lain bagi berusaha lebih kuat untuk keluar dari kesusahan hidup.
Kelebihan bersedekah
“Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling disukai Allah? Dan amalan apa yang paling disukai Allah?”
Nabi menjawab, “Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada dapat beriktikaf di masjid ini selama sebulan.”(Hadis riwayat at-Thabrani)
Berhajat untuk bantu mereka?
Anda boleh membuat sumbangan dengan memilih pakej di bawah.