INFINITI JARIAH

Kongsi Rezeki Dengan Infaq  
Bina Masjid di Pulau Moyo, Indonesia

Tunggu Masa Untuk Dirobohkan!

Surau kayu lama yang berusia hampir 30 tahun menjadi tempat penduduk kampung untuk menunaikan solat berjemaah dan aktiviti komuniti ini menunggu masa untuk dirobohkan. Ianya dibina atas tanah persendirian yang telah diwakafkan oleh seorang individu dan kini pewaris pemilik tanah ingin mengambil semula tanah peninggalan keluarga mereka kerana tiadanya perjanjian hitam putih.

Sasaran
RM80,000

Atas dasar prihatin dan tanggungjawab seorang individu yang mewakafkan sebahagian tanah miliknya dan hasil sumbangan serta usaha penduduk kampung, sebuah masjid baru dapat dibina lebih kurang 100 meter daripada tapak surau lama. 

Sebuah masjid baru yang dilengkapi dengan tempat untuk berwuduk menjadi impian warga Kampung Uba di Pulau Moyo.

Keadaan Masjid Baru Pulau Moyo
Keadaan masjid baru yang masih terbengkalai pembinaannya disebabkan penduduk kampung kehabisan modal dan sumber kewangan.

Disebabkan lokasi masjid yang berdekatan dengan pantai, mereka menggunakan sumber bahan yang sedia ada seperti batu karang dan pasir pantai yang dicampur dengan simen untuk dijadikan tapak masjid serta dinding.

Kini, masjid tersebut hanya mempunyai dinding batu bata sahaja yang belum disimen serta tidak mempunyai bumbung dan tingkap yang sempurna

Keadaan Masjid Baru Pulau Moyo
Padangan dari bahagian atas keadaan masjid baru.

Mudah-mudahan dengan membangunankan masjid ini dapat memanfaatkan hampir 400 orang penduduk sekitar agar mereka dapat beribadah dengan selesa serta dapat melakukan aktiviti agama dan komuniti bersama.


Dana Yang Masih Diperlukan:

RM 80,000

Allah berfirman dalam Surah Saba ayat 39:

“Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki”

Bersama dengan Yayasan Ez Prihatin menyambung usaha untuk meneruskan pembinaan masjid dengan menyalurkan sumbangan kepada mereka. Semoga dengan setiap ringgit yang dibelanjakan di jalan Allah  menjadi dana pelaburan di sana nanti. Amin.