KASEH

Bantuan Kos Pengurusan Rumah Penjagaan Warga Emas SRA

Kenapa Kutipan Pengurusan Warga Tua Dibuat?

Krisis ekonomi yang melanda negara kita dek kerana pandemik sebelum ini turut dirasakan oleh warga tua yang tinggal di Rumah atau Pusat Jagaan Warga Tua SRA di Kuala Selangor ini. Mereka dalam situasi kekurangan dana untuk meneruskan operasi lantaran kos sara hidup yang semakin meningkat. Sehinggakan kemungkinan besar rumah penjagaan ini akan ditutup.

Sasaran
RM50,000

Menurut En. Sharil selaku pengasas Rumah Jagaan Orang Tua ini, dia terpaksa memikirkan untuk menjual ambulans yang digunakan untuk pengangkutan warga tua disini berulang-alik menerima rawatan bagi menampung kos pengurusan dan operasi.

Sudah ditimpa musibah ditinggalkan oleh anak-anak yang tersayang. Sekarang mereka pula berkemungkinan hilang tempat berteduh sekiranya rumah ini ditutup. Mereka tiada lagi tempat untuk dituju selepas ini.

Warga-warga Emas SRA
Wajah-wajah penghuni di Rumah Penjagaan Warga Emas SRA.

Siapa Sasaran Penerima?

Warga Emas 2

Semua penghuni warga tua di Rumah Penjagaan Warga Emas SRA di Kuala Selangor. Kos pengurusan ini adalah termasuk dengan kos elektrik, air, makanan harian, dan keperluan asas warga-warga emas seperti lampin pakai buang dewasa.


Dana Yang Masih Diperlukan:

RM 50,000

“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.”

(HR Muslim : No 4689)

Bersama dengan Yayasan Ez Prihatin menyambung usaha untuk membantu Rumah Penjagaan Warga Tua SRA di Kuala Selangor bertahan agar warga-warga emas di sini sentiasa terjaga. Semoga dengan setiap ringgit yang dibelanjakan di jalan Allah  menjadi dana pelaburan di sana nanti. Amin.