KITA KONGSI

Seikhlas Budi, Sekampit Beras

Sukar Dapatkan Bekalan Makanan Ruji Harian.

Masih ada di kalangan saudara kita yang masih tidak menemui peluang pekerjaan yang tetap. Ekoran daripada itu, kos sara hidup yang kian meningkat, disamping bayaran gaji yang rendah terutamanya di kawasan bandar. Mereka terpaksa menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan ruji harian, terutamanya mereka yang terdiri daripada ahli keluarga yang ramai.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang dikeluarkan menerusi laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah, pada tahun 2022 kadar kemiskinan di bandar meningkat daripada 3.9 peratus (2019) kepada 4.5 peratus (2022).

Di kesempatan ini, pihak Yayasan EZ Prihatin mengambil inisiatif bagi melancarkan kempen ‘Sekampit Beras untuk Asnaf’ agar dapat meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh mereka yang kurang bernasib baik.

Agihan Beras

Sumbangan tuan puan akan disalurkan kepada golongan sasaran seperti yang berikut:
1. Pelajar pondok dan tahfiz
2. Anak-anak yatim
3. Warga tua
4. Golongan asnaf (fakir/miskin)


“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang dala kesusahan, maka Allah akan mempermudah urusannya di dunia dan akhirat.”

(HR Muslim)

Bersama dengan Yayasan EZ Prihatin menghulurkan tangan dalam menjayakan kempen “Sekampit Beras untuk Asnaf” ini agar dapat meringankan bebanan mereka yang memerlukan disamping dapat memberikan sedikit suntikan semangat untuk mereka meneruskan kehidupan seharian yang penuh dugaan. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita ini.