Infaq Baik Pulih Surau

Kenapa Kutipan Infaq Baik Pulih Surau Dibuat?

Kutipan ini dibuat bagi membantu proses baik pulih dan pembangunan surau-surau dhaif di pedalaman sekaligus dapat memberi keselesaan kepada para jemaah untuk mendirikan solat dan menjalankan aktiviti-aktiviti keagaaman di sana.

Kutipan semasa

RM 40,296.22

Sasaran

RM100,000.00

Mengapakah kutipan ini sangat diperlukan?

Jika anda tengok gambar-gambar keadaan surau di bawah, anda boleh bayangkan keadaan surau-surau di kawasan pedalaman yang telah kami lawati semasa misi bantuan tim Yayasan EZ Prihatin ke Sabah. Keadaan surau-surau di pedalaman ini uzur dan mengalami banyak kerosakan.

Namun, mereka tidak pernah menjadikan ia sebagai halangan namun terus mengunjunginya agar rumah Allah ini diimarahkan dan laungan azan dapat didengari meskipun jauh di kawasan pedalamann.

“Walaupun surau ni agak uzur, lantai banyak berlubang dan pecah, tapi setiap kali solat fardu penduduk dekat sini istiqomah untuk solat jemaah bersama-sama “Ustaz Kamil

Fasa-fasa Baik Pulih & Pembangunan

  • Fasa 1: Fokus utama fasa 1 adalah untuk membaik pulih atau menukar baru keperluan asas surau seperti lantai, dinding, atap yang bocor dan rosak.
  • Fasa 2: Membina sistem perpaipan dan tangki air bagi memudahkan para jemaah untuk mengambil wuduk dalam keadaan yang selesa.
  • Fasa 3: Melengkapkan keperluan dalam surau seperti al-Quran, sejadah, rehal dan juga alat pembesar suara.

Dikesempatan ini, pihak yayasan ingin mengajak muslim dan muslimat sekalian untuk bersama-sama menghulurkan tangan bersama-sama menjayakan projek baik pulih dan pembangunan surau di pendalaman ini. In Shaa Allah semoga Allah memberkati usaha murni kita ini.

Penafian: Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran bagi fasa pertama, lebihan dana tersebut akan digunakan untuk baik pulih surau/masjid yang lain atau akan dibawa ke fasa kedua.

Kelebihan Membangunkan Rumah Allah sWT

“Siapa yang membangunkan satu masjid untuk Allah swt, maka Allah swt akan membangunkan untuknya satu rumah di syurga”

(Muttafaq ‘alaih)

Berhajat untuk bantu mereka?

Anda boleh membuat sumbangan dengan memilih pakej di bawah.

Infaq Surau Pendalaman

  • Butiran sumbangan
  • Butiran penderma

Butiran sumbangan

Sila pilih nilai sumbangan di bawah


Jumlah keseluruhan


No payment items has been selected yet

Butiran penderma

Sila isi maklumat anda di bawah.