Apabila manusia berada dalam keadaan ‘survival mode’ atau situasi terdesak, manusia akan sanggup buat apa sahaja demi kelangsungan hidup. Ada yang sanggup menggadaikan agama dan diri untuk mendapatkan kekayaan. Sekiranya benar, dia cintakan diri sendiri, Dia tidak akan merosakkan diri sendiri. Mereka tidak sempat untuk menghayati nilai kemanusiaan kerana terlalu sibuk memikirkan ekonomi diri. Begitu besarnya peranan masyarakat sekeliling untuk membantu golongan ini supaya mereka keluar daripada ‘survival mode’. Dalam tafsir Ibn Kathir, Surah al-Ma’un ini mementingkan urusan ekonomi masyarakat. Allah memberi amaran kepada manusia yang enggan memberi makan atau pertolongan kepada manusia lain.
|