Gerak Usaha Yayasan EZ Prihatin

  • Ke arah Mencapai Sifar Lapar. Semua orang berhak untuk menjamah makanan seperti kita semua. Mustahil andainya kita hanya membiarkan mereka dalam kelaparan.
  • Pembangunan Ekonomi Keluarga Asnaf. Kemiskinan bukanlah suatu fitrah yang tidak boleh diubah. Mereka yang serba kekurangan bukan sahaja memerlukan bantuan dalam bentuk kewangan semata namun juga dari segi rohani dan spiritual.
  • Pendidikan Anak-Anak Asnaf. Ilmu bukanlah semata-mata soal kerjaya, tetapi soal kehidupan. Berilmu bukanlah untuk kaya, tetapi untuk membentuk peribadi beradab dan berakhlak mulia.

Kongsi Rezeki Bersama Anak Yatim

“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Rasulullah S.A.W mengisyaratkan dengan dua jari Baginda S.A.W di syurga.”
– HR Muslim