FoodBank

Kenapa FoodBank Dibuat?

Kutipan ini dibuat bagi membantu membekalkan barangan keperluan asas di institusi dan rumah penjagaan dan perlindungan yang memerlukan seperti Rumak Anak Yatim, Pusat Jagaan Orang Tua, Pusat Tahfiz dan Masjid.

Kutipan semasa

RM 100.00

Sasaran

Mengapa kutipan ini begitu penting?

Ekoran daripada penularan wabak Covid-19, begitu ramai pihak yang terkesan terutamanya dari sudut ekonomi.

  • Ada yang terpaksa berhutang beras dengan kedai demi anak-anak
  • Ada yang hilang pekerjaan dan menjadi asnaf secara tiba-tiba
  • Perniagaan terpaksa ditutup akibat ekonomi yang tidak stabil

Bahkan bukan mereka sahaja, situasi ini turut dirasai oleh anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim. Berikut merupakan komentar dari Ibu Laila.

Kami hanya mampu memberi makan anak-anak ini lauk telur sahaja kerana itu yang paling murah. Ikan tak mampu beli. Daging korban masa raya korban sahaja dapat rasa.

Ibu Laila, penjaga Rumah Anak Yatim Nur Hidayah, Jalan Gurney.

Bagi membantu mengatasi masalah ini, projek FoodBank dilancarkan. Projek ini adalah anjuran Yayasan Ez Prihatin dengan kerjasama Ez Qurban Sdn Bhd.

Sasaran Penerima:

  • Rumah Anak Yatim
  • Rumah Perlindungan
  • Pusat Tahfiz Anak Yatim
  • Rumah Orang Tua
  • Masjid (Ahli Kariah)

Bahan-bahan keperluan asas akan dibekalkan ke tempat-tempat tersebut. Bagi ahli kariah yang memerlukan, mereka boleh mendapatkan di Masjid atau Surau yang berdekatan.

Mari sama-sama kita bantu mereka yang kekurangan bekalan makanan khususnya anak-anak kecil yang baru hendak mengenal dunia, balu yang kehilangan suami (tempat bergantung), orang tua yang hilang upaya dan lain-lain.

PENAFIAN: Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran, lebihan dana tersebut akan disalurkan kepada asnaf atau pertubuhan lain yang memerlukan.

Kelebihan Memberi Makan

“Rasulullah SAW: “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda: “Memberi makan dan memberi salam kepada orang engkau kenal serta orang yang engkau tidak kenali.”

(HR Bukhari dan Muslim)

Berhajat untuk bantu mereka?

Anda boleh membuat sumbangan dengan memilih pakej di bawah.

FoodBank

  • Butiran sumbangan
  • Butiran penderma

Butiran sumbangan

Sila pilih nilai sumbangan di bawah


Jumlah keseluruhan


No payment items has been selected yet

Butiran penderma

Sila isi maklumat anda di bawah.


No activated payment method found. If you are an admin please check the payment settings