FoodBank D’Sekolah

Kenapa Kutipan FoodBank D’Sekolah Dibuat?

Kutipan ini dibuat bagi membantu membekalkan barangan keperluan asas buat keluarga murid yang terkesan akibat pandemik Covid-19 justeru pendekatan ini bertujuan meringankan beban serta permasalahan yang ditanggung mangsa.

Kutipan semasa

RM 300.00

Sasaran

Mengapa kutipan ini begitu penting?

Ekoran daripada penularan wabak Covid-19, begitu ramai pihak yang terkesan terutamanya dari sudut ekonomi.

Berita tentang kenaikan jumlah individu diberhentikan kerja, kematian waris & keluarga tak lekang dari media massa. Bagai laut membadai pantai yang tiada kesudahannya. Hal ini sudah pasti memberi jalan sukar buat mereka yang  terputus bekalan makanan serta hilang mata pencarian.

Video berikut merupakan ulasan daripada Tuan Sadli Harun, selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Melati.

Dari data yang kita kumpul, banyak keluarga yang terkesan akibat covid-19 ini. Ada dikalangan murid ibu bapa mereka yang dibuang kerja, ada juga pelajar yang kehilangan ibu bapa akibat covid-19

Kata Tuan Sadli Harun, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Melati

Sungguh tak dapat digambarkan situasi yang ditanggung mereka ini. Semestinya hal sedemikian rupa menjadikan mereka buntu, hilang punca akibat pandemik yang tiada berkesudahan ini.

Justeru kami di Yayasan EZ Prihatin bersama para guru ingin mengajak tuan puan bersama-sama menyumbang di dalam projek Food Bank D’Sekolah ini.

Sasaran Penerima:

  • Ibu Bapa Murid Asnaf
  • Murid Yang Kematian Waris Akibat Covid-19
  • Waris Murid Yang Diberhentikan Kerja
  • Keluarga B40″

Jom sama-sama kita lakarkan pelangi buat keluarga murid yang terkesan bagi menyuntik kembali semangat mereka. Sedekah ikhlas menyumbang sejuta senyuman.

“Rezeki dikongsi, senyuman dinanti”

Kelebihan Memberi Makan

“Jagalah diri kalian dari neraka meskipun hanya dengan sedekah setengah biji kurma. Barangsiapa yang tak mendapatkannya, maka ucapkanlah perkataan yang baik.”

(HR. Bukhari no. 1413, 3595 dan Muslim no. 1016)

Berhajat untuk bantu mereka?

Anda boleh membuat sumbangan dengan memilih pakej di bawah.