Food Bank D’ Masjid | Sabak Bernam

kimu115
on
January 6, 2021

18 Jun 2020 | Sabak Bernam, Selangor

Program Food Bank D’ Masjid menjadi titik permulaan kepada usaha Yayasan Ez Prihatin (YEZP) meringankan beban ekonomi golongan yang memerlukan kesan penularan wabak Covid-19.

Program ini merupakan satu inisiatif untuk mengumpul makanan yang dihasilkan daripada sektor peruncitan, perhotelan dan restoran, untuk diagihkan lebihan makanan kepada golongan kurang berkemampuan.

Golongan sasar bagi program ini adalah penerima yang terdiri daripada golongan yang pendapatan isi rumahnya kurang dari RM930 sebulan dan berdasarkan maklumat eKasih, seramai 186,354 ketua isi rumah berada dalam paras garis kemiskinan.

Melalui Program Food Bank D’Masjid ini juga, bantuan akan disalurkan kepada rumah kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menempatkan anak yatim dan warga emas.

Selain membantu menangani kos sara hidup, Program Food Bank D’Masjid juga bertujuan mewujudkan struktur pengurusan bantuan lebih tersusun melalui institusi masjid berperanan sebagai hub pengumpulan dan agen pengagihan bantuan.