fbpx

Pelitup Muka Untuk Asnaf

Muhammad Luqman, Pengurus Yayasan Ez Prihatin (YEZP) telah menyampaikan sumbangan pelitup muka dan penyahkuman kepada pelajar sekolah Al-Islamiyah Alternative Education Centre, Kajang, Selangor hari ini.

Untuk makluman, sekolah Al-Islamiyah Alternative Education sebelum ini mampu menempatkan 60 orang pelajar satu-satu masa terpaksa dikurangkan hampir 60% akibat wabak pandemik Covid-19.

“Ruang agak terhad, jadi pelajar akan datang ke sekolah secara bergilir” kata Syahirah Hamdan, koordinator sekolah.

Tambahan, pelitup muka untuk asnaf antara projek yang dijalankan YEZP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk membantu mengurangkan kos sara hidup golongan asnaf melalui pemberian kit penjagaan diri secara percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *