DAKWAH & PENDIDIKAN

Dakwah Dari Hati Ke Hati

1 Januari 2020 I Bangi, Selangor

Tika 2020 membuka jendela, tanpa mendongak EZ Prihatin membuka langkah, menghulurkan tangan. Pada tanggal 10hb Januari, Pusat Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan satu program Jalinan Mahabbah di Kampung Tiat, Cameron Highland. EZ Prihatin menghulurkan sumbangan sebanyak 40 pasang telekung untuk kegunaan program.

Program ini mensasarkan Orang Asli Kampung Tiat yang mana sebahagian dari mereka telah memeluk Islam tetapi masih kurang pemahaman dan pendedahan mengenai Islam. Tujuan program ini untuk merapatkan jurang silaturrahim antara kelompok Orang Asli dengan dunia luar khususnya mahasiswa/i tentang budaya dan adat mereka. Disamping itu, mereka juga akan diberi pendedahan secara ‘one to one’ mengenai asas ibadah, fardu ‘ain dan lain-lain.

Semoga usaha adik-adik ini diberi kelancaran dan diberkati.

Tidak lupa kepada para penderma, semoga menjadi saham akhirat buat kalian.

Santuni Mualaf Orang Asli

13 November 2019 | Batang Kali, Selangor

Sukarelawan Yayasan EZ Prihatin bergerak seawal jam 7 pagi untuk menyantuni saudara-saudara kita di Batang Kali, Selangor. Dalam majlis tersebut seramai 12 orang penduduk asal Kampung Songkok, Batang Kali telah melafazkan kalimah agung ‘Syahadah’ secara rasminya di Masjid Jamek Kampung Sg Masin.

Allahu Akbar!

Allahu Akbar!

Allahu Akbar!

Saudara baru ini terdiri daripada 7 lelaki dan 5 perempuan. Dalam majlis ini kami telah menyerahkan sumbangan dari orang ramai sebanyak RM3000 sebagai saguhati untuk kegunaan pembelajaran mereka mengenai Islam. Semoga para penyumbang diberi ganjaran yang setimpal atas keprihatinan mereka ini. Aminnnn.

Penduduk asal Kampung Songkok ini majoritinya penganut kepercayaan semangat dan ruh (animisme). Alhamdulillah semenjak tahun lepas mereka mula mengenal Islam dan hampir 30 peratus daripada mereka telah melafazkan syahadah.

Usaha dakwah ini telah dipergiat oleh individu yang sangat hebat yang dikenali sebagai ‘Suzie’ seorang saudara baru yang memeluk Islam pada tahun lepas. SUBHANALLAH. Semoga Allah merahmati Suzie atas kerja-kerja dakwah yang hebat ini.

Kehidupan mereka setiap hari bergantung sepenuhnya kepada hasil hutan seperti buluh yang akan dijual kepada peraih. Rata-rata pendapatan sebulan sekitar RM500 sebulan. Rumah yang didirikan hasil inisiatif Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKAO) menempatkan kira-kira 3 hingga 5 buah keluarga dalam sebuah rumah dengan keluasan rumah sekitar 600-800 kaki persegi.

Jurang perhubungan dengan dunia luar masih besar dan masih asing bagi mereka. Semoga hidayah dan rahmat Allah terus menyinari penduduk asal Kg Songkok.

ms_MYMS