Bantuan Perubatan Ali & Misk

Kenapa Kutipan Ini Dibuat?

Kutipan ini dibuat bagi membantu membiayai rawatan yang ditanggung oleh waris dua orang anak kecil (Ali dan Misk) yang menghidapi masalah Cerebral Palsy. Bantuan perubatan ini bakal ditaja sepenuhnya oleh Yayasan EZ Prihatin untuk Projek Kesihatan Gaza, Palestin.

Kutipan semasa

RM 600.00

Sasaran

Mengapa kutipan ini begitu penting?

Cerebral palsy merupakan salah satu masalah kesihatan yang popular di mana ia melibatkan gangguan kebolehan mengawal kedudukan dan pergerakan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang.

Butian Lanjut Tentang Adik Ali

Adik Ali menghidap penyakit Cerebral Palsy seusai bayi lagi akibat daripada masalah kelahiran pra-matang. Beliau tidak mampu bergerak dengan sendirinya menjadikan ia perlu pemantauan yang menyeluruh setiap masa oleh penjaga. Justeru, dana diperlukan untuk membantu meringankan kos keperluan khas Adik Ali seperti kos sesi rawatan, perjalanan untuk ke pusat rawatan, susu dan lampin.

“Kos perbelanjaan bulanan keperluan khas Adik Ali adalah melebihi jumlah pendapatan warisnya.”

Video dibawah merupakan tangkap layar rawatan fizikal adik Ali.

Luluh hati melihat penderitaan yang ditanggung oleh anak-anak kecil yang menghidap Cerebral Palsy ini. Tatkala anak-anak kecil normal di luar sana dapat menghabiskan masa bermain dengan gembiranya, namun mereka hanya terlantar tiada daya untuk bergerak meneroka fasa-fasa usia kecilnya.

Butian Lanjut Tentang Adik Misk

Adik Misk dahulunya merupakan seorang anak kecil perempuan yang normal. Akan tetapi takdir Allah itu misteri sifatnya persis dengan maut ataupun kematian, yang datangnya tidak dapat kita ketahui.

Beberapa tahun yang lalu, Adik Misk disahkan menghidap masalah Cerebral Palsy akibat daripada trauma yang dilalui beliau . Sekelip mata sahaja Adik Misk ditakdirkan tidak dapat mengawal kedudukan diri dengan normal, tidak mampu bergerak dan memerlukan rawatan yang berterusan.

“Pendapatan bulanan bapa Adik Misk sangat kecil dan tidak cukup untuk menampung kos rawatan terapi Adik Misk yang tinggi.”

Video dibawah merupakan tangkap layar rawatan fizikal adik Misk.

Berapa Kos Rawatan Yang Diperlukan?

Kos Rawatan Adik Ali & Misk = RM2400 Seorang/Bulan
RM4800 (Ali & Misk) X 12 bulan
= RM57,600.00

Menurut Doktor yang merawat adik Ali & Misk, untuk melihat perkembagan yang positif, pesakit Cerebral Palsy perlulah menjalani rawatan terapi sekurangnya selama 1 tahun.

Susulan itu, kami pihak Yayasan EZ Prihatin telah tampil melancarkan Bantuan Perubatan Anak Cerebral Palsy ini iaitu dengan mengumpul sumbangan bagi membantu keluarga Adik Ali dan Adik Misk menampung kos keperluan khas mereka. Diharapkan semua pihak dapat sama-sama menyalurkan sumbangan di samping sama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesihatan Adik Ali dan Adik Misk.

PENAFIAN: Sekiranya jumlah kutipan sumbangan telahpun mencapai sasaran, lebihan dana tersebut akan disalurkan ke dalam “Tabung Palestin”. Tabung ini akan digunakan untuk membantu projek/program kebajikan di bumi Palestin.

Kelebihan Infaq

Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha luas, Maha Mengetahui.

(Al-Baqarah 261)

Berhajat untuk bantu mereka?

Anda boleh membuat sumbangan dengan memilih pakej di bawah.