Bantuan Persekolahan Anak Yatim Gaza

Semangat Mereka Tidak Sesekali Pudar

Meskipun pelbagai ujian yang mereka tempuhi. Semangat anak-anak Gaza ini tidak sesekali pudar untuk menuntut Ilmu. Mereka percaya, ilmu merupakan salah satu wadah perjuangan mereka untuk membebaskan bumi Palestin.

Kutipan semasa

RM 6,277.80

Sasaran

Bukan Isu Bermusim

Baru-baru ini kita digemparkan lagi dengan serangan udara Zionis ke atas rakyat Gaza,Palestin. Seperti yang dilaporkan oleh media, sekurang-kurangnya 10 maut dan 40 cedera dalam siri serangan tersebut.

Musim Persekolah Bakal Tiba

Bulan September merupakan musim pembukaan semula sekolah bagi anak-anak di bumi Palestin. Namun apakan daya, kesan daripada serangan yang tidak bermaruah Zionis Israel telah menghancurkan rumah dan harta benda mereka.

Justeru, Yayasan EZ Prihatin dengan kerjasama Dakwah Backpackers Malaysia dan Jamiyah Islamiah Khan Yunis ingin mengajak anda semua untuk sama-sama kita menceriakan semula anak-anak yatim di Gaza dengan menaja bantuan persekolahan mereka.

Bentuk Tajaan Bantuan yang Akan Disampaikan:

  • Buku dan alat tulis
  • Beg sekolah
  • Kasut Sekolah
  • Pakaian Sekolah

Jom, ambil peluang bantu anak-anak yatim di Palestin menuntut ilmu. Moga berkat sumbangan anda membantu mereka menuntut ilmu, menjadi amal jariah di akhirat kelak. Amin

Kelebihan Membantu Anak Yatim

“Barangsiapa yang mengikut sertakan seorang anak yatim di antara dua orang tua yang Muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka pasti ia akan masuk ke dalam Syurga”.

(HR At-Thabrani)

Berhajat untuk bantu mereka?

Anda boleh membuat sumbangan dengan memilih pakej di bawah.