KITA KONGSI
Bantuan Musim Sejuk
“Warm Their Winter”

Bantu Hangatkan Musim Sejuk Mereka
Dijangka 2.2 juta para pelarian dalam negara (IDP) di utara Syria bakal bergelut dengan musim sejuk yang lebih teruk kerana peningkatan kemiskinan yang mendadak dan bantuan kemanusiaan yang semakin berkurangan.
Kutipan semasa
RM 39,447.00Sasaran
Sejuk Satu Azab
Musim sejuk bukanlah suatu keseronokan buat para pelarian di utara Syria. Setiap penghujung tahun, ketibaan musim sejuk akan menjadi kerisauan dan mimpi ngeri besar buat mereka. Tidak hanya diuji dengan serangan bersenjata, mereka terpaksa berhadapan dengan kedinginan yang mengancam nyawa.

Tiada Pilihan, Ini Realiti yang Terpaksa Mereka Hadapi
Musim sejuk yang terpaksa saudara kita hadapi di sana bukanlah seperti keseronokan yang kita tonton di kaca TV. Menghadapi suasana musim sejuk dengan suhu -ve dan ekstrim tanpa persiapan adalah satu tindakan yang boleh mengancam nyawa.
Boleh kita bayangkan? dalam keadaan suhu yang ekstrim angin yang dingin, mereka tidak mempunyai baju sejuk, selimut tebal, pemanas, bahan bakar, stotik, topi dan keperluan asas yang harus mereka milik.
Kenapa Perlu Bantu Pelarian Syria
Musim sejuk yang bakal mereka tempuhi ini bukan satu pilihan. Mahu atau tidak inilah realiti yang bakal mereka tempuhi. Diancam dengan peluru dan bom, kini mereka terpaksa bertarung nyawa dengan kesejukan. Justeru, kita tanyakan pada diri, apa usaha yang mampu kita lakukan untuk membantu mereka? Apa bantuan yang mampu kita hulurkan pada mereka?
Atas dasar tanggungjawab dan kasih sayang sesama insan, Yayasan EZ Prihatin dengan kerjasama Syria Care telah menggerakan Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0 – Warm Their Winter. Melalui kempen ini, disasarkan 2.2 juta pelarian Syria yang akan dibantu.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Seorang muslim adalah saudara terhadap muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah akan melaksanakan hajatnya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Bantuan yang Akan Disampaikan
Sasaran Dana Bantuan Musim Sejuk RM1.7 Juta
Bantuan Anda Solidariti Buat Mereka
Sumbangan yang dihulurkan bukan hanya dapat membantu pelarian Syria menempuhi musim sejuk, tapi ianya juga mampu menyelamat kan nyawa mereka menempuh ranjau ini.
Ayuh kita menyumbang, kita sampaikan mesej kemanusiaan dan harapan buat saudara-saudara seIslam kita!
“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.” (HR Muslim : No 4689)
⏩ Yayasan EZ Prihatin (Maybank)
5624 0563 3644
Ref: Winter
Berhajat untuk bantu mereka?
Anda boleh membuat sumbangan dengan memilih pakej di bawah.