Amalan ibadah paling utama menurut pendapat ulama

kimu115
on
December 29, 2022
amalan duniawi paling utama

Dr Yusuf al-Qardawi menulis dalam kitab fiqh awlawiyyat tentang amalan ibadah yang paling utama. Hal ini kerana, umat Islam sekarang, rapuh mengurus keutamaan dalam ibadah. Kita lebih banyak mengutamakan perkara khilafiah berbanding perkara yang wajib.

PENDAPAT PERTAMA

  1. Ibadah yang paling utama ialah ibadah yang memberikan banyak manfaat kepada orang ramai.

Rasulullah S.A.W mengkritik beberapa orang yang hendak mengasingkan diri dari orang ramai hanyalah semata-mata untuk melakukan ibadah. Kerana beribadah kepada Allah sambil memberikan manfaat dan kebaikan kepada orang ramai adalah LEBIH BAIK daripada mengasingkan diri semata-mata untuk beribadah kepada-Nya.

“Semua makhluk berada dalam tanggungan Allah; mereka yang paling disukai di sisinya adalah mereka yang paling banyak memberikan manfaat bagi tanggungannya.”

(Hadis Riwayat Abu Ya’la)

PENDAPAT KEDUA

  1. Ibadah yang paling utama adalah berbuat kebaikan untuk mencapai Redha Allah.

Kita sebagai muslim perlu mencari keredhaan Allah pada setiap masa dan keadaan serta menyibukkan diri dengan segala kewajipan.

Ahli ibadah yang sebenar menjadikan ibadahnya sebagai wasilah antara dirinya dan keredaan Allah taala. Di mana ada keredaan Allah di situlah mereka berada.

Kesimpulannya,

Kita diberi pilihan untuk melaksanakan ibadah yang terbaik mengikut kemampuan kita. Yang lebih penting, ibadah yang kita lakukan ini dapat memproses kita menjadi hamba yang ikhlas.