fbpx

Agihan Food for Needy Kepada Asnaf Sabak Bernam

21 Mei 2020 | Sabak Bernam, Selangor

Alhamdulillah 280 pek makanan telah diberikan kepada 280 keluarga asnaf fakir miskin, ibu tunggal dan muallaf hasil sumbangan anda semua.

Terima kasih buat penaja bersama IkhlasDotCom, EZ Fidyah serta persatuan dan individu dalam menyalurkan sumbangan kepada golongan sasar. Semoga Allah menggandakan amal kebajikan anda semua dibulan mulia ini.

Tidak lupa juga kepada sukarelawan-sukarelawan yang terlibat dari PIBG SK Batu 38, Sahabat Hospital, Pejabat Agama Islam Daerah, Nazir-nazir masjid, wakil-wakil penduduk dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Hanya Allah yang layak memberi ganjaran buat anda semua.

Semoga usaha ini tidak terhenti di sini dalam mencapai impian kami sebagai sahabat asnaf. Teruskan menyumbang ke akaun Yayasan EZ Prihatin sebagai sokongan anda terhadap usaha kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *