AGIHAN 40 PEK MAKANAN BAGI MEREKA YANG TERKESAN

Hidup ini penuh dengan cabaran. Jika kita rasa kesukaran dalam hidup, ada lagi yang lebih sukar. Setiap kita akan menghadapinya dengan pelbagai dugaan.

Alhamdulillah pada sabtu yang lepas, Yayasan EZ Prihatin bersama-sama dengan Dakwah Backpackers Malaysia telah menyerahkan 40 bantuan pek makanan kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan Sungai Buloh.

Bantuan agihan ini telah dibahagikan kepada beberapa tempat, diantaranya:

1. Masjid Nurul Yaqin Kg Melayu Sri Kundang.

2. Masjid Al-Islahiah Kuang.

Antara agihan barang bantuan yang diberikan seperti beras, biskut,tepung,gula,garam,bihun,minyak masak,kicap dan lain-lain.

Firman Allah SWT: “Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturan-Nya).” [Surah al-Baqarah, ayat 212]

Insya Allah, dengan bantuan yang anda berikan kepada mereka, sedikit sebanyak mampu memberikan kehidupan yang lebih selesa untuk setiap Keluarga ini & juga pahala kita di akhirat kelak. Aminn.

Kepada yang ingin menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan boleh klik pada pautan di bawah:

https://sumbang.yayasanezprihatin.org/order/form/pekprihatin

Similar Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *