4 Idea Sedekah Tanpa Duit
Aku tiada duit. Bagaimana mahu bersedekah?
Sebenarnya, banyak cara bersedekah tanpa duit. Kita tak perlu tunggu harta yang banyak untuk bersedekah. Allah sangat mengasihi hamba-Nya dengan memberi ganjaran pada setiap kebaikan yang kita lakukan.
- Berzikir
“Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya: ‘Bukankah Allah menjadikan bagi kamu sesuatu untuk kamu bersedekah? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih (Subhanallah) itu sedekah, tiap-tiap takbir (Allahuakbar) itu sedekah, tiap-tiap tahlil (Lailahaillallah)itu sedekah, menyuruh orang melakukan kebaikan itu sedekah dan melarang orang daripada melakukan kemungkaran itu sedekah.'”
Hadis Riwayat Muslim
2. Berkata baik
Nabi saw bersabda:
وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ
“Kata-kata yang baik adalah sedekah.” (HR. Al-Bukhari no. 2707 dan Muslim no. 2332)
Bila kita menjaga tutur kata yang baik, akan memberi kesenangan hati kepada manusia di sekitar kita. Perangai ahli syurga suka bercakap baik, kita praktis dahulu ‘perangai’ ahli syurga ini.
3. Berbuat baik
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”
(an-Nissa: 114)
4. Sumbangkan tenaga dan kemahiran untuk umat.
Kita gunakan kekuatan tenaga dan kemahiran yang kita ada untuk membantu manusia lain dalam kesusahan. Kita boleh bergerak secara individu atau mengikuti kumpulan ngo yang aktif membantu asnaf.
Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia”
(HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni. Hadits ini dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no:3289).
Oleh itu, Yayasan Ez Prihatin membuka ruang dan peluang kepada orang awam untuk menjadi sukarelawan. Sukarelawan atau lebih dikenali sebagai Skuad Prihatin diperlukan ketika operasi Emergency Relief.
Sekiranya berminat untuk menyertai Skuad Prihatin : Boleh daftar di sini.
Kesimpulannya,
Sedekah tanpa duit ini mudah dilakukan dan sekaligus melatih kita untuk sentiasa berlumba-lumba dalam kebaikan (fastabiqul khairat). Semoga ALLAH beri kita ilham untuk terus buat kebaikan.