300 PEK MAKANAN DIBERIKAN KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN.
SELANGOR | 2 JULY 2021
.
Alhamdulillah dengan dana yang disumbang, Yayasan EZ Prihatin(YEZP) bersama-sama EZ Qurban berpeluang untuk berkongsi rezeki bantuan pek makanan kepada golongan yang amat-amat susah dan yang memerlukan kerana kekurangan pendapatan atau tiada langsung pendapatan ketika “Perintah Kawalan Pergerakan” ini melalui kempen Pek Prihatin3.0 di kawasan Batu caves,Selangor.
Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk barangan keperluan asas seperti Beras, Garam, Gula, Tepung, Bihun, Biskut,dan lain-lain.
YEZP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menyumbang bagi kempen Pek Prihatin 3.0. Semoga dengan sumbangan dan bantuan kecil kita ini mampu menceriakan mereka yang kurang bernasib baik.
Kami mengalukan sumbangan daripada orang ramai agar kempen Pek Prihatin 3.0 ini dapat membantu lebih ramai orang yang dalam kesempitan pada waktu pandemik ini.