3 Keajaiban ayat seribu dinar

Kita biasa lihat usahawan menggunakan ayat seribu dinar sebagai ‘pelaris jualan’. Mereka menggantung ayat seribu dinar di hadapan kedai dengan harapan ramai pelanggan berkunjung ke kedai mereka. Ini bukan tujuan yang sebenar penurunan ayat al-Quran. 

Ayat seribu dinar

 

ayat seribu dinar

Tujuan sebenar penurunan ayat al-Quran adalah untuk menambah keimanan dan ketaqwaan umat manusia kepada Rabnya, Allah SWT

Keimanan dan ketaqwaan adalah kunci untuk seseorang hamba mendapat kebahagian di dunia dan akhirat. 

Ayat seribu dinar dari surah At-Talaq membawa konsep taqwa dan tawakal kepada Allah SWT

ayat seribu dinar

Taqwa

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) (Ayat 2 Surah At-Talaq)

Taqwa menurut Sayidina Ali RA ialah: “Taqwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”

Dapat difahami di sini, komitmen seorang hamba kepada Rabnya dengan diterjemahkan melalui melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Atas asbab taqwa inilah Allah SWT menganjari hambanya dengan memberi jalan keluar dari segala masalah dalam kehidupan mereka.

tawakal

Tawakal

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.  (Ayat 3 Surah At-Talaq)

Tawakal bermaksud kebergantungan yang benar kepada Allah dalam urusan dan mendatangkan kebaikan dan menolak mudarat di dunia mahupun di akhirat.

Setiap orang beriman perlu benar-benar yakin kepada Allah, redha denga-Nya dan tidak mengharapkan kepada manusia.

Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah jika benar kamu orang-orang yang beriman. (al-Maidah:23)

Tawakal menjadi pelengkap iman seseorang hamba dan ianya merupakan sebesar-besar ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana peringkat tertinggi dalam melakukan amal soleh adalah tawakal.

Seseorang hamba yang bertawakal dan menyerahkan segala urusanya setelah berusaha bersungguh-sungguh telah dijanjikan Allah SWT rezeki yang tidak disangka-sangka dan kecukupan dalam keperluan.

 3 ganjaran Allah berikan kepada orang yang bertaqwa dan betawakal kepada-Nya. 

  1. Allah beri jalan keluar.
  2. Allah akan beri rezeki yang tak disangka.
  3. Allah akan cukupkan keperluan.

Ayat seribu dinar ini mampu menjadi motivasi kita untuk terus bertaqwa dan menyerahkan segala urusan kita kepadanya.

Kita akan sentiasa berusaha melakukan tazkiyah an-nafs iaitu proses penyucian hati setiap hari bagi mencapai ketaqwaan kepada Allah.

Maksiat akan menyesakkan dada kamu, menyempitkan rezeki kamu dan memberatkan hati kamu untuk melakukan ibadah.

 

Similar Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *