3 Cara Dapat Rezeki yang Berkat
Bagaimana mahu rasa cukup dengan rezeki?
Setiap hari, kita sering memikirkan tentang rezeki. Namun, adakah rezek1 yang kita perolehi ini mendapat keberkatan?
Walaupun kuantitinya sedikit, jika rezek1nya berkat kita akan rasa kecukupan (qanaah). Ada 3 cara mudah untuk mendapat keberkatan rezek1.
- Taat Kepada Allah.
Dari Ibnu Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya ruh qudus (Jibril), telah membisikkan ke dalam batinku bahawa setiap jiwa tidak akan mati sampai sempurna semua bahagian rezekinya (masing-masing). Kerana itu, bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah cara dalam mendapatkan rezek1 tersebut. Jangan sampai tertundanya rezeki mendorong kalian untuk mencari rezek1 tersebut dengan cara bermaksiat kepada Allah. Kerana rezek1 di sisi Allah tidak akan diperoleh kecuali dengan taat kepada-Nya.”
(Riwayat al-Tabarani)
Dalam riwayat yang lain,
Tersebut di dalam sebuah kitab Musnad, โSesungguhnya manusia terhalang dari rezek1 lantaran dosa yang dilakukannya.”
2. Pelihara solat
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
โSolat dhuha itu mendatangkan rezek1 dan menjauhkan kemiskinan dan tidak ada orang yang memelihara solat kecuali orang yang bertaubat โ.
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Kita berusaha menjaga solat fardhu dan menambah amalan sunat yang lain bagi menjemput keberkatan rezek1.
Doa ini diambil daripada hadis riwayat Ibnu Majah. Hadis ini disampaikan oleh Ummu Salamah yang mengajarkan kita tentang doa yang Rasulullah selalu baca pada waktu pagi, khususnya lepas Solat Subuh.
ุงููููููู ูู ุงุบููููุฑูููู ุฐูููุจูู ููููุณููุนู ูููู ููู ุฏูุงุฑููุ ููุจูุงุฑููู ููู ูููู ูุง ุฑูุฒูููุชูููู
Ya Allah , ampunkanlah dosaku, dan kurniakan padaku keluasan pada tempat tinggalku , dan berkatilah pada rezki yang Kau kurniakan padaku.
Dua doa pendek ini mudah diamalkan setiap hari. Jom kita amalkan bersama-sama.