amalan

Serabut dengan masalah? Ini 3 Amalan yang Anda Boleh Lakukan

Bila keserabutan ini akan berakhir?

Ketika kita berada dalam situasi sukar, kita selalu berharap masalah ini akan berakhir dengan segera. Akan tetapi, kita sebagai orang beriman perlu percaya bahawa masalah yang berlaku, pasti ada jalan keluarnya. 3 amalan untuk kekal tenang ketika diuji.
amalan
  1. Banyakkan doa.

Ketika susah, kita perlu banyakkan berdoa. Kita membina harapan baru dengan doa.

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? “

Surah an-Naml 27:62

2. Memperbanyakkan amalan bersedekah.

 Sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

Surah at-Talaq 65:7

3. Banyakkan tolong orang.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.

(HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

Yayasan Ez Prihatin dan Syria Care bekerjasama dalam projek Bantuan Musim Sejuk 10.0 dalam menyalurkan bantuan bahan bakar dan baju sejuk kepada pelarian Syria. Mereka sangat perlukan bantuan daripada kita. Semoga dengan bantuan yang kita salurkan, mereka mampu meneruskan kehidupan mereka dan kita diberi kemudahan dalam menghadapi ujian hidup kita.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Yayasan EZ Prihatin :

Maybank: 56240563364

Rujukan : Winter

atau klik link : ezy.la/winter1

Semoga Allah menerima amalan kita.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *