2 Bentuk Tawassul yang Dibolehkan

Tawassul didefinisikan sebagai perbuatan yang menggunakan perantaraan dalam berdoa. Perantaraan di sini pula membawa maksud seumpama ‘orang tengah’ atau sesuatu yang membolehkan segala bentuk hajat kita ditunaikan Allah SWT. Bentuk yang digunakan sebagai perantara itu digelar wasilah, iaitu sesautu bentuk perkara yang dapat mendekatkan ataupun menyampaikan kita ini kepada sesuatu. Terdapat beberapa bentuk Tawassul yang dibolehkan dalam Islam.

” Semoga dengan amalan sedekah ini, Allah berikan kesembuhan kepada ibu saya yang sedang kritikal.

Ini antara luahan penderma di Yayasan Ez Prihatin yang setia menyumbang untuk asnaf dan anak yatim. Setelah mereka bersedekah, mereka meminta doa supaya urusan hidup mereka dipermudahkan. Ini adalah contoh tawassu1 dengan amal soleh.

tawassul

Al-Jauhari menyebut, tawassul kepada Allah bererti seseorang itu mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan soleh yang telah dilakukan.

Kebiasaanya, kita akan bertawassul ketika kita berada dalam keadaan buntu dan terlalu inginkan sesuatu. Besar pengharapan kita Allah akan memakbulkan doa dan membantu kita menghadapi ujian hidup.

Allah mengharuskan tawassul dalam Surah al-Maidah ayat 35. Allah memberi galakan kepada hambaNya untuk bertawassul melalui iman dan takwa.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱبۡتَغُوٓاْ إِلَيۡهِ ٱلۡوَسِيلَةَ وَجَٰهِدُواْ فِي سَبِيلِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ  ٣٥

Maksudnya:  Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.

2 Bentuk Tawassul yang dibolehkan

  1. Tawassul dengan amalan soleh

Terdapat hadis sahih yang merakamkan peristiwa 3 pemuda lelaki yang terperangkap di dalam gua dan mereka bertawassu1 untuk keluar daripada gua tersebut. Hadis ini sebagai motivasi kepada kita untuk terus beramal soleh dengan ikhlas sehingga kita dapat bertawassul dalam situasi terdesak.

2. Tawassul dengan asmaul husna

Kita sebut nama Allah yang berkait dengan situasi kita di dalam doa.

” Ya Allah, Ya Razzaq. Berikan aku rezeki yang berkat.”

” Ya Allah, Ya Syafii. Berikan aku kesembuhan supaya aku mudah untuk beribadah.”

Berbagai jenis atau bentuk tawassul pada ketika ini namun tidak semuanya adalah sahih. Ada yang dibenarkan di dalam Islam dan ada juga yang dilarang. Ianya bergantung kepada bentuk fahaman dan penyampaian tawassul tersebut. Kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan untuk bertawassul berpandukan perkara-perkara yang jelas disyariatkan berdalilkan fakta-fakta dan hadis-hadis yang sahih.

Selamat beramal.

Similar Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *