Kita sebagai manusia tidak boleh lari daripada musibah penyakit. Adakalanya, penyakit yang dialami mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih. Akan tetapi, musibah yang berlaku pada orang Muslim merupakan tanda rahmat Allah. Ingin saya kongsikan 2 Doa Ketika Sakit yang boleh sama-sama kita amalkan.
Daripada Abu Sa’id Al Khudri dan Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:
“Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya.”
(Hadith riwayat al-Bukhari, No : 5641, Muslim, No : 2573, at-Tirmizi, No : 966, Ahmad, No : 7684, 8070, 10714)
Dalam Islam, kita diajar untuk sentiasa saling sayang-menyayangi sesama umat manusia. Ikatan silaturrahim sesama manusia adalah sangat wajar untuk kita saling pupuk. Dominannya, kita semua manusia yang hidup di muka bumi ini layaknya redha akan ujian yang didatangi Allah SWT. Apatah lagi ujian yang didatangi-Nya itu berkait dengan kesihatan diri.
Musibah penyakit boleh berubah menjadi ibadah jika kita bersabar dan tidak mengeluh. Berikut antara 2 doa ketika sakit yang kita boleh amalkan.
- Doa Diberi Kesihatan
2. Doa Nabi Ayub
Bacaan doa serta amalan yang dikongsikan di atas anda boleh praktikkan ketika anda sedang sakit atau juga ketika sedang melawat orang yang sakit. In Shaa Allah dengan yakin, bertawakkal serta berikhtiar kepada Allah SWT, penyakit yang sedang dialami boleh peroleh kesembuhan, sesungguhnya Allah lah yang memberi ujian tersebut dan Dia juga lah yang berupaya dan berkuasa menyembuhkannya.
Jangan pula kita sesekali berputus asa bahkan banyak mengeluh ketika ditimpa suatu penyakit atau masalah. Anngap sahaja ujian yang Allah kurniakan ini adalah salah satu medium untuk kita menjadi seorang yang lebih beriman dan bertaqwa terhadap-Nya.
Syeikh Badiuzzaman Said Nursi berpesan, ramai di antara pesakit lebih banyak menghabiskan masa berfikir tentang akhirat. Setiap hari mereka akan berfikir tentang kubur dan persinggahan akhirat yang lain. Sakit yang dialami boleh menukarkan beberapa minit umur kita menjadi beberapa jam ibadah.
Betapa beruntungnya kita sebagai umat Islam. Ketika susah, Allah masih memberikan kasih sayang terhadap hamba-Nya.
Infaq Kesihatan Peralatan Kesihatan Untuk Asnaf
Amalan Mudah, Namun Pahalanya Berterusan
Klik link untk menyumbang: Infaq Sekarang