2 Amalan doa ketika ditimpa musibah
Terdapat beberapa amalan doa yang dianjurkan kita untuk mengamalnya tatkala ditimpa musibah. Apa itu musibah? Jom kita renungkan terlebih dahulu apakah yang didefinisikan bagi kata musibah.
Kata musibah yang terkandung di dalam al-Quran secara umumnya diajukan pada sesuatu yang neutral, tidak negatif atau juga positif, walaupun ada beberapa ayat yang mengaitkan kata terbit musibah ini adalah sesuatu yang negatif. Dalam istilah al-Quran pula, apa sahaja bentuk ujian yang menimpa manusia disebut dengan kata musibah, baik musibah itu berwujud kebaikan mahupun keburukan bagi seseorang manusia. (QS Al-Hadid: ayat 22-23)
Istilah musibah boleh ditafsirkan kepada keduanya iaitu kebaikan atau keburukan kerana terdapat satu hadis yang menyimpulkannya seperti berikut;
Dari Shuhaib, ia berkata. Sabda Rasulullah SAW: Sungguh menakjubkan perkara bagi kaum mukmin. Sesungguhnya semua perkaranya adalah kebaikan dan itu tidak akan terjadi kecuali bagi orang-orang yang beriman. Jikalau ia dianugerahi nikmat, ia bersyukur dan itu adalah baik baginya. Jika ia ditimpa musibah, ia bersabar maka itu juga adalah baik baginya (HR Muslim).
Kenapa aku diuji seperti ini?
Soalan yang paling kerap kita tanyakan pada diri kita ketika diuji atau ditimpa musibah. Selagi masih bernyawa, kita tidak akan terlepas daripada diuji.
Namun, gaya orang beriman urus ujian berbeza dengan orang tidak beriman. Ketika sukar inilah, tautan kita dengan Allah akan semakin kuat. 2 d0a ringkas yang mudah diamalkan boleh dibaca ketika diuji.
Tiada kerja? Tiada tempat tinggal? Jom amalkan d0a Nabi Musa apa bila ditimpa musibah sebegini.
1. Doa Nabi Musa
D0a ringkas ini diamalkan oleh Nabi Musa ketika baginda diuji kehilangan tempat tinggal dan hilang pekerjaan. Setelah baginda menolong perempuan Madyan yang berada dalam kesusahan, baginda membaca doa ringkas ini.
Allah perkenankan hajatnya dan memberi rezeki yang tak disangka kepada baginda seperti berjodoh dengan perempuan Madyan, tempat tinggal dan bekerja. Kita boleh amalkan d0a ini dengan penuh keyakinan tapi dalam masa yang sama kita perlu berusaha.
Ustaz Syaari berpesan ketika mensyarahkan kisah Nabi Musa bertemu dengan perempuan Madyan ini, jika ingin Allah kabulkan d0a kita, ada beberapa panduan boleh diikuti.
- Sebelum berd0a, kita mestilah membantu manusia lain yang dalam kesusahan. Mungkin dengan asbab pertolongan kita ini, akan mudahkan mustajabnya doa.
- Berd0a dengan penuh pengharapan.
2. Doa Nabi Yunus
Zikir ini diulang oleh Nabi Yunus ketika di dalam perut ikan. Kita boleh amalkan d0a ini selepas solat.
Daripada Sa’ad bin Abi Waqas RA juga ada menyatakan bahawa Nabi SAW ada bersabda:
دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الحُوتِ: لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ، فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ
Maksudnya: “D0a Nabi Yunus ketika baginda berd0a di dalam perut ikan paus: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” Maka sesungguhnya tidak seorang muslim itu apabila berdoa dengannya untuk sesuatu perkara (masalah) melainkan Allah SWT akan memustajabkan baginya.” – (Hadis Riwayat al-Tirmizi)
Kesimpulannya,
Kita boleh menjadikan kisah-kisah Nabi dalam mengurus ujian hidup kita. Para Nabi juga pernah merasai kekecewaan dan kesedihan akan tetapi pergantungan mereka kepada Allah semakin kuat. Allah akan sentiasa membantu orang beriman. Mungkin asbab musibah ini, Allah memudahkan urusan kita di akhirat kelak. Semoga perkongsian amalan doa ketika ditimpa musibah ini bermanfaat dan selamat beramal saya ucapkan.