1 Pesanan Penting Dr Yusuf al-Qardawi yang Jangan Kita Abaikan
Antara menunaikan haji setiap tahun ataupun menyumbangkan dana kepada mangsa peperangan mana yang lebih utama?
Fiqh Awlawiyat
Banyak kesilapan yang telah berlaku dalam masyarakat kita dalam mempertimbangkan keutamaan. Kita lebih banyak mengutamakan perkara yang tidak penting sehingga menjejaskan institusi masyarakat. Almarhum Dr Yusuf al-Qardawi berjaya menyusun kitab fiqh aulawiyat dan menjadi garis panduan kepada umat Islam untuk memilih ibadah mana yang perlu diutamakan. Semoga Allah menerima amalan beliau.
Dr Yusuf al-Qardawi mengingatkan kita bahawa bertapa pentingnya umat Islam menyusun keutamaan mereka dalam beribadah.
Ibadah kemasyarakatan lebih utama berbanding ibadah individu.
Sebahagian umat Islam lebih gemarkan melakukan ibadah bersendirian seperti solat dan zikir. Tetapi mengabaikan hal kemasyarakatan. Ada yang sanggup menghabiskan duit bagi melakukan haji sunat berbanding memberi bantuan untuk gerak kerja dakwah. Orang Islam sangat memerlukan yayasan-yayasan yang bergerak dalam pendidikan, perubatan dan kemasyarakatan. Ketetapan syariah mengatakan, kewajipan yang perlu dilakukan segera [membantu orang miskin] lebih utama berbanding kewajipan yang boleh ditangguhkan [haji]. Tindakan penyelamatan orang miskin ini tidak boleh ditangguhkan lagi dan menjadikan kewajipan umat Islam yang lain.
Terdapat juga sebahagian umat Islam lebih gemarkan memberi sumbangan pada pembangunan masjid walaupun di kawasan itu mempunyai banyak masjid. Apabila diberi nasihat untuk memberi sumbangan kepada gerak kerja dakwah, ramai yang memalingkan muka. Ramai yang berdiam diri bagi membantu kaum Muslimin yang lain seperti Indonesia, Serbia, Bangladesh, Afrika dalam kemiskinan dan diancam Kristianisasi. Dr Yusuf al-Qardawi sentiasa mengingatkan umat Islam untuk prihatin dengan isu-isu kebajikan seperti ini.
Kesimpulannya, Yayasan Ez Prihatin berusaha menjadi penggerak kepada isu-isu sosial di sekitar Malaysia dan luar Negara. Justeru, sumbangan yang kita salurkan akan memberi manfaat kepada asnaf yang berkelayakan. Semoga sumbangan ini menjauhkan kita daripada tergolong orang yang mendustakan agama. Kita jaga sebaik mungkin hubungan kita dengan ALLAH dan manusia.